Belajarlah dari matahari:
Adil menebar cahaya dan memberikan kehangatan kepada semua. Baik yang terawang-awang di angkasa mahupun yang bertebaran di atas bumi. Kepada yang miskin mahupun yang kaya. Yang mulia hatinya juga buat si kejam... kepada semua makhluk ciptaan Ilahi. (so, naper nak pilih kasih dan biarkan orang lain terseksa kerana kita ?)
Belajarlah dari bunga
Sentiasa tersenyum menyebarkan harumannya, menghadiahkan kecantikan untuk mengubati hati yang gundah juga menggenbirakan setiap mata yang memandang.
( so, nak wat per kita masam muka?)
Belajarlah dari lebah:
Bekerja dengan hati yang riang, sentiasa berganding bahu dengan semangat yang membara.
(so, naper x ikhlas buat kerja?)
Belajar dari pokok:
Menghadiahkan buah yang manis dan segar sambil menundukkan dahannya.
(so, nak wat per blagak? Kan elok kongsi bersama. Bukankan kejayaan tu dtg drp-Nya ?)
Belajarlah dari bulan:
Tenang memancarkan cahayanya yang kemilau dan indah buat menyuluh malam yang gelap
(so, naper kita biarkan 'member' susah? Tolonglah dia.)
Belajarlah dari daun yang luruh:
Sabar ketika menghadapi kesukaran, sentiasa tersenyum menunggu hari yang baik dan sesuai untuk tumbuh kembali.
(so, naper kita nak memarah dan salahkan orang lain? Sabarlah skit.)
Belajarlah dari sungai:
Tabah bergerak menuju ke destinasi dengan meredah apa saja halangan hinggalah sampai ke muaranya. Airnya lembut dan tenang, tapi tiada satu pun yang mampu menghalang kemaraannya.
(so, apa guna 'give up' ?!)
Belajarlah dari hujan:
Kehadiranya di nanti-nantikan buat menyejuk alam yang hangat, membasahi kekeringan, menghijaukan tanah yang gersang dan memberi ‘nyawa’ kepada tumbuh-tumbuhan.
(so, apa salahnya buat orang lain gembira ?)
25.12.05
Subscribe to:
Posts (Atom)